Novel
Adam & Hawa by Aisya Sofea tersGt la best untuk dibaca bg sesiapa
yg menggemari novel..Novel adam & hawa ini akan dijadikan drama yang
dibintangi oleh Aaron Aziz as a Adam Mukriz n Ain Hawani pula
dibintangi oleh Nadiya Nafissa..X sbr rasenya nk tgk drama tuh
nanti...Sebelum tu mari kita baca sinopsis novel ni...
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap
perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz
terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu,
seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka
terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas
sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang
ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus
melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di
hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani
memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di
depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan
sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah
terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.Tapi tegarkah Ain?
Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik.
Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah
tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi
keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin
disimpan hati tak tertanggung.
Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya
biarpun lapan tahun lagi...
p/s::- bg peminat novel...nih salh satu novel yg OsEm!!
ThAnK$ cOz $uDi bAcA bLoG hAnyA dHia