“
 Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang 
selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja
 nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas 
kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, 
tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! 
Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! 
Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."
 
Dian
 Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. 
Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki 
hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini 
untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.
 
 
Dian
 disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. 
Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi 
sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai 
penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis 
seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta 
belaka.
 
Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang 
yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan 
dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam
 diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.
 
Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa 
belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi 
mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang
 dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?
Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar 
pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah 
kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian 
itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu 
sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti 
padanya lagi.
Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga
 menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling 
lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak 
mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! 
Kerana Takdir itu milik aku!
p/s :- suda TERpikat sama ini novel...meh pakat ramai2x beli ini novel..=)
 
Wah...best2.....^^
ReplyDeletemeh pakat bli reramai..blog awk cntek lar..=)
Delete