Monday 16 April 2012

:: mAjLi$ pEcaH tANah mEr$ing LaguNA & fE$tiVaL mEr$ing ::

  # myMetr0/Konsert di Dataran Mersing


Oleh Shuhada Mansor
darmansor@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Persembahan konsert membariskan beberapa artis popular tanah air antara aktiviti istimewa bakal disajikan kepada pengunjung Festiva Mersing bertempat di Dataran Mersing, Johor, pada hujung minggu ini. Festival anjuran pemaju projek Mersing Laguna, Radiant Starfish Development Berhad dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor itu menyasarkan lebih 250,000 pengunjung sepanjang program berlangsung bermula esok diikuti Sabtu dan Ahad ini.

Pelbagai aktiviti menarik lain turut disajikan di gerai kendalian rangkaian televisyen dan akhbar milik Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) selaku rakan media rasmi Festiva Mersing.
Antaranya, Harian Metro yang menyajikan acara mewarna, fesyen kanak-kanak, memasak, gubahan bunga serta gerai Arena bagi pertandingan gusti lengan manakala pencarian bintang idola Berita Harian di gerai Berita Harian.

Selain itu, gerai Media Prima bakal menyiarkan siaran langsung program bual bicara Nasi Lemak Kopi O, Aduan Rakyat selain lintas langsung ketika siaran berita TV3, TV9, ntv7 serta 8TV.

Konsert istimewa dipersembahkan pada malam Sabtu dengan menampilkan barisan artis ternama seperti Lefthanded, Mawi, Marsha AF, Shiha Mentor, Elly Mazlin, Farah Wahida, Senario, Wani MyStar LG serta Othman Hamzah.

Pesta dimulakan dengan Majlis Kesyukuran Bersama Rakyat di Masjid Jamek, Mersing yang berlangsung esok menyaksikan acara korban dan rewang diadakan bersama penduduk diikuti solat berjemaah dan slot BersamaMu TV3 manakala aktiviti lain akan diteruskan pada hujung minggu.

Objektif pesta terbabit adalah untuk merasmikan acara pecah tanah sebagai tanda permulaan kerja pembinaan Laguna Mersing selain meraikannya dengan pihak berkepentingan serta penduduk setempat.
Orang ramai dijemput hadir bersama memeriahkan pesta terbabit yang dibuka seawal jam 9 pagi hingga 12 malam pada Sabtu dan 9 pagi hingga 6 petang pada Ahad.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KonsertdiDataranMersing/Article/index_html

# Utu$aN / mEr$iNg lAGuNa LindUNgi a/$EkiTar


# y0utUbE h0Me / mEr$iNg LaGuNA


ThAnK$ cOz $uDi bAcA bLoG hAnyA dHia

No comments:

Post a Comment