Tuesday 18 December 2012

# harapan #

X semua ape yg kita harapkan tuh menjadi kenyataan...adat pertandingan ada kalah ada menang...kalau semua nk menang x de la namenye pertandingan.. Setiap kejayaan tuh pasti ade usahanye..JIKA Malas yang ada dalam diri tanpa ada usaha...hasilnya juga sama dengan usaha yang telah kita lakukan..ALLAH itu MAHA ADIL, begitu juga pada adik-adik yang mengetahui keputusan PMR keluar pada hari ini...JIka ada yang kalah dalam pertandingan tersebu...BANGKIT lah adik-adikku...kerana perjalanan adik semua masih jauh lagi..

P/s ::- bahagia itu bila masa kita dpt melihat ibu bapa kita tersenyum! peace yo!

ThAnK$ cOz $uDi bAcA bLoG hAnyA dHia

# w0rDLe$$ wEdNe$day 8 ( PMR ) #



p/s:- x sabar nk tunggu! haha...mcm calon PMR pulak...kahkah...

ThAnK$ cOz $uDi bAcA bLoG hAnyA dHia

Saturday 15 December 2012

# 9 sebab mengapa hubungan tidak mampu bertahan #



hai semua,. suasana malam yang sunyi sepi nih tetbe rajin nk hupdate blog yang x seberapa nih..mungkin salah satu tempat meluah rasa..mungkin...lagu-lagu yang berkumandangan di radio sangat sayu..(tetibe)..haha..Ok.stop merapu yang bukan- bukan..entry kali nih juz wan to share bout that..

1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sesebuah perhubungan . Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat . Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sesebuah perhubungan. Namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka . Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan .

2. Harapan/Kebebasan

Ada psangan yang meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah merka bergantung penuh kepada pasangan . Ada lelaki yang menyukai hal ini tetapi ada jugak sebaliknya . Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan . Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan , tetapi dikongkong . Hal-hal beginilah yang membuatkan perhubungan tersekat . 

3. Terlalu memikirkan aspek perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis . Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami . Bila semua ini ada baruah perhubungan boleh sampai ke peringkat yang lebih serius . Tapi sesetengah wanita , baru sahaja berkenalan terus sahaja berharap akan berakhir dengan perkahwinan . Mereka takut jika perhubungan yang dijalinkan sia-sia sahaja . Jadi , kalau timbul konflik ini , perhubungan boleh menjadi putus


4. Mengungkit hal yang lalu 

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengugkit hal-hal yang lepas . Apatah lagi jika mengunkit akan kekasih lama . Belajarlah dari kesilapan , jangan mengunkitkan kisah lalu jika kamu sayangkan perhubungan . Yang lepas tu biarlah berlalu dan jangan dikenang kembali .

5. Berbeza pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan , perbezaan pendapat memang sering terjadi . Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan  hal-hal inilah yang akan membuatkan pasangan sering berbalah . Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan . Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan . 

6. Status yang tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan . Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri . Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka sahaja . Yang si dia tu hebat sangat ke ? hm .


7. Hal-Hal yang menyakitkan hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati . Malah sanggup melakukan hal-hal yang bodoh semata-mata mahu menyakitkan hati orang lain . Jadi kalau inilah yang terjadi , hubungan kamu pasti tidak akan bertahan lama . Lebih teruk jika tidak ada "chemistry" antara kamu dan si dia . 

8. Kehidupan yang sangat mendesak

Ada sesetengah pasangan yang memang suka menyusahkan pasangannya . Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakitkan hati kekasihnya . Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalnya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik .

9. Kawan-kawan dan keluarga

Tidak mustahil kawan-kawan dan keluarga juga membuatkan sesebuah perhubungan menjadi tidak stabil . Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan . Jangan salah sangka . Orang yang kamu sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarga tidak menyukainya . Restu keluarga itu sangat penting dalam sesebuah perhubungan .

P/s :- bila dibelek satu persatu banyak betulnya..mungkin 1 kebetulan..mungkin juga kenyataan yang patut kita terima,,,TP kita masih lagi boleh perbetulkan keadaan sekiranya kita cepat bertindak...banyak-banyakkan lah berbincang yer kengkawan...selamat mlm...

ThAnK$ cOz $uDi bAcA bLoG hAnyA dHia

Friday 7 December 2012

# sempoi #

[ P E R K A H W I N A N ♥ ]

P • ♥ Penyatuan jiwa dua insan
E • ♥ Elemen cinta dan kasih sayang
R • ♥ Restu ibu ayah dan redha Illahi diharapkan

K • ♥ Kahwinilah dia krn agamanya bkn krn harta dn kcantikan 
A  • ♥ ALLAH menghalalkan satu ikatan,usah dcari lagi yg haram
H  • ♥ Hanya sabar rencah memperkukuhkn ikatan
W • ♥ Wanita dan lelaki saling lengkap-melengkapi
 I   • ♥ Inilah fitrah dari Illahi
N  • ♥ Niat ikhlas dan suci utk menghalalkan sebuah ikatan cinta
 A  • ♥ Anak-anak adalah anugerah yg amt bernilai
N  • ♥ Nun di akhirat nnt dapat balasan drpd apa yg kte lakukkn.

ThAnK$ cOz $uDi bAcA bLoG hAnyA dHia

Wednesday 5 December 2012

Tuesday 4 December 2012

Kenapa cili berasa PEDAS??

hai korang semua, tetiba rajin update pasal fakta-fakta yang menarik...mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kita dalam menjawab persoalan-persoalan yang mungkin berada di minda masing-masing..
hari ni nak cerita pasal cili...apakah punca yang menyebabkan berasa pedas??
Rasa pedas terhasil daripada sejenis bahan kimia dikenali sebagai kapsaisin (methyl-Nvanlil-6-nonemida).
Kapsaisin ialah sebatian yang bertanggungjawab ke atas takat kepedasan dalan cili dimana sebatian tersebut memiliki rantai kumpulan isodesenoik dihasilkan daripada asid lemak berbentuk tans.Manakala bahagian vanililamina disintesis adalah berasal daripada asid amino fefnilalanina dan tairosina.


antara faktor mempengaruhi kandungan kapsaisin dalam buah cili adalh daripada segi varieti, lokasi, geografi,  keadaan tumbesaran, kaedah pemperosesan, peringkat kematangan dan lokasi bahagian anotami. Malah, cahaya, suhu dan keadaan pembajaan juga boleh mempengaruhi jumlah kapsaisin di dalam cili...

sumber by estidotmy.

p/s :- tiba-tiba teringat lada jeruk mak saya...sedapnye kalo dpt mkn ngn mee!


ThAnK$ cOz $uDi bAcA bLoG hAnyA dHia

Monday 3 December 2012

mengapakah kita menguap??




Entry kali nih juz nk share pd semua,.pasal "menguap", pasti ramai yang tertanya-tanya kan..kenapa kita menguap??Apabila kita mengantuk, kepala menjadi berat dan sukar buka mata..saya pasti ini terjadi pada kita semua..Kita juga akan menguap beberapa kali sehinggalah terpaksa tidur untuk mengatasi masalah tersebut.Pelbagai teori telah dikemukakan oleh para saintis tentang fenomena kenapa manusia menguap...
Mari kita sama-sama fikir dan renung-renungkan bersama...kihkih..

Satu teori saintis yang sering diterima pakai oleh orang ramai dalam kalangan kita adalah tindak balas menguap disebabkan oleh otak tidak menerima oksigen yang mencukupi. Oleh itu perbuatan menguap yang berlaku secara automatik, dikatakan adalah sebagai tindak balas tubuh manusia mendapat lebih banyak oksigen untuk kegunaan otak. Berdasarkan kajian saintifik, penyebab perbuatan menguap dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fisiologi, kebosanan dan tindakan semula jadi tubuh untuk menyejukkan otak.
Namun, sejauh mana kebenaran teori tersebut masih belum dapat dipastiakn dengan tepat..Bagaimana pula dengan pendapat anda di luar sana??

p/s:-Econ yg sejuk juga membuat saya mengantuk...hahaha...


ThAnK$ cOz $uDi bAcA bLoG hAnyA dHia