Monday 3 December 2012

mengapakah kita menguap??




Entry kali nih juz nk share pd semua,.pasal "menguap", pasti ramai yang tertanya-tanya kan..kenapa kita menguap??Apabila kita mengantuk, kepala menjadi berat dan sukar buka mata..saya pasti ini terjadi pada kita semua..Kita juga akan menguap beberapa kali sehinggalah terpaksa tidur untuk mengatasi masalah tersebut.Pelbagai teori telah dikemukakan oleh para saintis tentang fenomena kenapa manusia menguap...
Mari kita sama-sama fikir dan renung-renungkan bersama...kihkih..

Satu teori saintis yang sering diterima pakai oleh orang ramai dalam kalangan kita adalah tindak balas menguap disebabkan oleh otak tidak menerima oksigen yang mencukupi. Oleh itu perbuatan menguap yang berlaku secara automatik, dikatakan adalah sebagai tindak balas tubuh manusia mendapat lebih banyak oksigen untuk kegunaan otak. Berdasarkan kajian saintifik, penyebab perbuatan menguap dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fisiologi, kebosanan dan tindakan semula jadi tubuh untuk menyejukkan otak.
Namun, sejauh mana kebenaran teori tersebut masih belum dapat dipastiakn dengan tepat..Bagaimana pula dengan pendapat anda di luar sana??

p/s:-Econ yg sejuk juga membuat saya mengantuk...hahaha...


ThAnK$ cOz $uDi bAcA bLoG hAnyA dHia

No comments:

Post a Comment