Monday 7 May 2012

:: AkU bElAjAr ::

trimas incik go0gle


Aku belajar
Melupakan semua kisah silam,
Yang sarat dengan dendam,
Dari api yang tak mungkin padam..

Aku belajar,
Mengharungi hari ini,
Yang penuh teka teki,
Kerana waktu belum lagi terhenti,

Aku belajar,
Menghargai hari esok,
Yang banyak lagi tersorok,
Memanggil untuk menjenguk..

Aku berlari,
Jauhnya tak bertepi,
Takku peduli kaca dan duri,
Yang melukaii diri..

Aku melangkah,
Dalam keadaan pasrah,
Takku hirau harapanku musnah,
Yang membuatku tabah..

Aku belajar,
Mencintai dan dicintai,
Menerima dan memberi, 
Tertawa dan menangisi,
Setiap detik dan hari,
Dari semua yang kupelajari..


p/s :-aku belajar melupai kamu dan semua..aku belajar untuk tersenyum dengan kekalahanku..terima kasih sayang tiada lagi dendam untukmu..

ThAnK$ cOz $uDi bAcA bLoG hAnyA dHia

No comments:

Post a Comment