Thursday 24 May 2012

:: tIp$ Ata$i pEruT buNciT ::

Hari ini juz nak share sedikit tips pd semua yg mungkin menghadapi masalah perut buncit.. mana tau mungkin berhasil..ye tak? hahaha..lgpon blog ni di buat hanya untuk suka-suka bila rasa bosan hadir...cewaaah... Meh semua baca kt sni....tp ada ke yg baca? hahaha..
1. BERSARAPAN DENGAN YOGURT


Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemah ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut.


2. JANGAN GELOJOH 

Kunyah makanan secara perlahan dan telan makanan hanya setelah ia  hancur. Menelan makanan terlalu cepat menyebabkan  udara tertahan dan tersekat di dalam usus dan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak dikunyah dengan lumat susah untuk dihadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.


3. KURANGKAN GARAM


Pengambilan garam yang banyak dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. ia juga melambatkan mekanisma dan memaksa air keluar daripada sel badan dan menyebabkan perut terasa penuh dan mula mengembang ke hadapan.


4. MINUM AIR

 
Sekiranya kamu berasa perut kembung dan dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, kamu boleh mengurangkan masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air dapat banyak mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu, ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.


5. PENGAMBILAN SERAT YANG TEPAT


Pengambilan serat dari buah-buahan seperti pir dan epal yang mengandungi  banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan kembung perut.



p/s:- kamu, kamu dan kamu mcm mane??



ThAnK$ cOz $uDi bAcA bLoG hAnyA dHia

No comments:

Post a Comment