Monday 5 November 2012

mEngapAkah kitA MenanGi$ apAbILa mEmOt0nG bAwaNg?

Sebenarnya kita bukan menangis ketika memotong bawang, tetapi bawang menghasilkan sejenis bahan kimia yang merengsakan ketika di potong menyebabkan kita mengalirkan air mata. 

Bahan tersbut yang dikenali sebagai syn-propanethial-s-oxide merangsang kelenjar air mata untuk mengeluarkan air mata. 

Justeru itu, apabila kita memotong bawang, enzim yang merangsang air mata akan terbebas ke udara dan menukarkan sulfoksida (asid amino) bawang kepada asid sulfenik yang tidak stabil. 

Ia seterusnya bertukar menjadi syn-propanethial-s-oxide dan apabila ia terbebas ke udara lalu bersentuhan dengan mata seterusnya merangsang kelenjar air mata dan menyebabkan kita seolah-olah menangis.

Oleh sebab itu, biarpun kita memakai cermin mata kita akan tetap menangis apabila memotong bawang.


p/s::- kalo x percaya,,sila2x lah potong bawang...huhu

ThAnK$ cOz $uDi bAcA bLoG hAnyA dHia

No comments:

Post a Comment